BACHELOR OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT WITH HONOURS
SEMESTER 3
SEPTEMBER 2018
SBFS1103
THINKING SKILLS AND PROBLEM
MATRICULATION NO: 930410106192001
IDENTITY CARD NO.: 930410106192
TELEPHONE NO.: 0162792421
E-MAIL :[email protected]
LEARNING CENTRE: Tanjong Malim Learning Centre
Pengenalan
Menurut WordNet©2.0 Princeton University 2003, masalah boleh didefinisikan sebagai satu persoalan bagi pertimbangan atau penyelesaian. Penyelesaian masalah pula didefinisikan oleh Woods dan rakan-rakan (1975) sebagai satu proses perolehan yang memuaskan daripada masalah yang diselesaikan. Setiap orang perlu mengetahui cara-cara menyelesaikan masalahnya sendiri, dengan menggunakan apa jua cara sama ada menggunakan sesuatu teori atau cadangan daripada orang lain. Apabila berbincang mengenai teori ini, terdapat pelbagai jenis teori yang telah dikemukakan untuk menyelesaikan masalah, antaranya ialah teori Hayes (1981). Di dalam masalah yang dinyatakan ini, adalah sama ada hendak meneruskan pekerjaan semasa di syarikat ini atau mencari peluang pekerjaan yang lain.

Perkara yang membimbangkan saya pada masa kini ialah pengecilan syarikat atas sebab masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat dengan keadaan hutang yang agak tinggi. Di samping itu, pengecilan syarikat ini, akan menyebabkan beberapa pekerja perlu meletakkan jawatan tidak lama lagi atas dasar hendak mengurangkan perbelanjaan untuk membayar gaji pekerja, bayaran utiliti dan lain-lain. Masalahnya saya di sini adalah, kerisauan saya pengecilan syarikat ini akan menyebabkan nama saya tercalon dalam senarai pendek untuk pemberhentian pekerja. Persoalan dalam diri saya terlampau tinggi, sebagai seorang ibu tunggal yang baru sahaja kehilangan pasangan dalam kemalangan jalan raya dengan tiga orang anak yang masih kecil yang perlu dibiayai hidupnya.

Penyelesaian masalah dapat dilihat sebagai proses berstruktur dan berorientasi. Namun, dalam menentukan arah penyelesaian, kita perlu menentukan masalah pada mulanya, seterusnya dengan matlamat yang diinginkan atau sebarang perubahan yang diperlukan.. Mengikut teori Hayes 19781, penggunaan enam langkah-langkah penyelesaian masalah memberikan kelebihan tersendiri yang amat berguna. Langkah-langkah yang disediakan adalah prosedur yang berfokuskan hanya untuk menyelesaikan masalah. Dalam pendekatan yang digunakan, langkah-langkah yang digunakan ini memastikan konsistensi terjaga dalam semua perkara. Selain itu, langkah-langkah ini dapat membantu menghapuskan perkara-perkara seperti berat sebelah dan prasangka serta membawa kepada objektiviti yang lebih besar. Penggunaan langkah-langkah ini juga menggalakkan kerjasama dan membuang sifat-sifat pembahagian dalam sesuatu kumpulan. Sesuatu kumpulan tersebut dapat mencapai persetujuan dan dapat mengelakkan daripada menyimpang kepada masalah yang berbeza. Akhirnya langkah-langkah ini dapat memudahkan proses membuat keputusan dengan menghapuskan kekeliruan yang berlaku antara orang dan menyediakan penyelesaian yang wajar. Kesemua langkah-langkah yang diikuti adalah dalam urutan sebagai kitaran dan setiap langkah mesti diselesaikan sebelum melangkah keseterusnya.

2474595-2158410361507-4997296 Langkah Penyelesaian Masalah
06 Langkah Penyelesaian Masalah

373380307813Mengenal / Menganalisis Masalah
0Mengenal / Menganalisis Masalah

Bahagian pertama yang difokus dalam langkah penyelesaian masalah adalah pengenalan masalah. Ini adalah langkah yang amat penting kerana dapat menggambarkan masalah itu sebagai objektif yang nyata, berbanding dengan memberi tumpuan kepada akibat atau implikasi masalah tersebut. Pada peringkat ini, kumpulan penyelesaian masalah akan menggunakan teknik seperti sumbang saran, temubual dan soal selidik. Apabila langkah ini berterusan, kumpulan penyelesaian masalah akan menyemak masalah utama tersebut untuk menemui lebih banyak isu dan dapat menjelaskan masalah yang sebenar pada akhir.
384175452752. Mengenal Punca Masalah / mewakili masalah
02. Mengenal Punca Masalah / mewakili masalah

Langkah yang kedua dalam enam langkah-langkah penyelesaian masalah ini adalah, anda perlu mengetahui apa yang menyebabkan masalah ini berlaku, perkembangan masalahnya pada saat itu, dan dengan segara perlu mencari cara-cara untuk menangani masalah tersebut. Anda perlu mengetahui punca masalah ini berlaku. Dalam langkah ini, anda juga akan belajar kemungkinan yang lain mengenai masalah tersebut. Anda perlu menjalankan kajian yang lebih fleksibel dan melihat masalah ini dari pelbagai perspektif agar dapat menilai cara di mana masalah ini memberi kesan kepada anda.
383540433703. Merancang penyelesaian
03. Merancang penyelesaian

Fasa yang ketiga dalam langkah penyelesaian masalah ialah menyediakan cadangan dan membuat penyelesaian seberapa banyak yang anda boleh untuk menyelesaikan masalah ini. Penyelesaian masalah seharusnya dilakukan secara sistematik dan kreatif supaya dapat menghasilkan pelbagai jenis penyelesaian. Proses pengumpulan maklumat ini dapat membantu anda untuk melihat masalah dari pelbagai perspektif dan kemungkinan untuk mengatasi semua masalah adalah rendah. Jawapan yang paling jelas tidak semestinya akan berkesan dalam menyelesaikan masalah ini. Pada tahap ini, mengemukakan pelbagai jenis penyelesaian, walaupun betapa anehnya masalah ini kelihatan diberi lebih tumpuan. Seterusnya kaitkan setiap penyelesaian dengan punca dan sumber berlakunya masalah ini. Akhirnya menilai penyelesaian itu sama ada dapat mengabungkan untuk menghasilkan jawapan yang muktamad.

387350-137804. Pilih Penyelesaian
04. Pilih Penyelesaian

Dalam langkah keempat ini, anda perlu menilai kesemua penyelesaian masalah yang dihasilkan dan membuat keputusan mengenai penyelesaian yang berpotensi akan dipilih. Keputusan ditentukan dengan mewujudkan persoalan seperti :Adakah penyelesaian masalah ini boleh diterima dalam jangka masa yang ditetapkan?
Adakah penyelesaian bernilai, boleh dipercayai dan realistic?
Adakah penggunaan sumber berkesan dalam penyelesaian masalah ini?
Adakah penyelesaian masalah ini dapat disesuaikan kepada masa ke semasa mengikut peredaran masa?
Adakah risiko dalam penyelesaian masalah ini dapat dikawal?
Bagaimanakah penyelesaian masalah ini memberi manfaat kepada seseorang atau sesuatu organisasi?
Anda digalakan mencari bantuan dalam menyelesaikan masalah ini dengan mendapatkan cadangan daripada rakan-rakan yang dipercayai. Menggunakan perbincangan kumpulan seperti ini berfungsi untuk mendapatkan idea dan pandangan yang berbeza dari sudut masing-masing tersendiri. Sebarang jenis penyelesaian dapat dikemukakan melalui aktiviti ini, selain daripada mewujudkan kepercayaan yang membawa kepada kerjasama yang benar. Lagipun, kerjasama adalah salah satu prinsip inovasi.

396875224155. Melaksanakan Penyelesaian
05. Melaksanakan Penyelesaian

Langkah yang kelima dalam penyelesaian masalah ini, anda perlu menilai penyelesaian yang telah anda sediakan dalam langkah ketiga sebelumnya. Anda dikehendaki menimbang semula kebaikan dan keburukan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi setiap penyelesaian. Di samping itu, dalam langkah ini, anda juga perlu menilai sejauh mana setiap penyelesaiannya layak, iaitu betapa mudahnya anda dapat melaksanakan penyelesaian masalah ini. Sebaiknya anda tentukan tahap skala kemungkinan pada setiap penyelesaian anda, supaya anda dapat menyusunnya bagaimana anda menginginkannya kemudian dalam beberapa cara anda tersendiri.

3829051579256. Menilai Hasil / Mengukuhkannya
06. Menilai Hasil / Mengukuhkannya

Di akhir langkah penyelesaian masalah ini, anda dikehendaki memilih penyelesaian dan melaksanakannya dengan mengambil tindakan yang sewajarnya. Dalam memilih penyelesaian ini, anda telah menimbang segala kebaikan dan keburukan dari setiap penyelesaian yang berpotensi, dan kebiasaanya memilih idea yang terbaik bermula dengan penyelesaian yang berisiko rendah dan serta sesuai dengan keutamaan dan matlamat masa depan anda. Sebaik sahaja anda telah melaksanakan penyelesaian ini, anda digalakan menilai penyelesaian ini, sama ada telah berjaya atau tidak. Sekiranya penyelesaian itu tidak sepenuhnya dapat berjaya mengatasi masalah tersebut, anda kemudiannya boleh bergerak semula melalui beberapa tahap yang berbeza untuk menangani masalah yang lain.

Langkah Pertama – Mengenal/Menganalisis Masalah
Dalam kes ini, sebagai seorang individu yang bertanggungjawab dan mementingkan kerjaya, kerisauan saya kehilangan pekerjaan adalah sangat tinggi. Ini adalah kerana, pekerjaan ini adalah satu-satunya punca pendapatan saya untuk menyara kehidupan saya dan keluarga saya. Selama tempoh saya bekerja di syarikat ini, saya tidak pernah terfikir akan berlakunya keadaan seperti ini. Syarikat ini juga telah banyak berjasa kepada kehidupan saya, dan telah membentuk diri saya sekarang ini.
Langkah Kedua – Mengenal Punca Masalah / mewakili masalah
Daripada sumber rakan sekerja saya Rita, Shidi dan Janet, pengecilan syarikat yang sedang berlaku ini adalah punca daripada hutang syarikat yang agak banyak. Beberapa pekerja perlu meletakkan jawatan tidak lama lagi. Kerisauan saya adalah persoalan tentang apa yang akan berlaku kepada diri saya, jikalau nama saya tercalon dalam senarai pendek untuk pembuangan pekerja. Sebagai seorang ibu tunggal yang perlu menyara kehidupan dengan tiga orang anak yang masih kecil dengan kehilangan pasangan saya baru-baru ini yang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.
Langkah Ketiga- Merancang penyelesaian
Sebagai seorang manusia biasa, saya seharusnya memikirkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila memikirkan pekerjaan yang sedia ada ini, selama tempoh saya bekerja di dalam syarikat ini, saya tidak pernah mengalami atau melibatkan diri dalam sebarang masalah walaupun satu kejadian atau peristiwa yang memburukan atau dikaitkan nama saya. Dengan ini, saya akan mencuba untuk mengekalkan diri saya dalam syarikat ini dengan memperbaiki kelemahan yang saya ada seperti mengikuti kursus yang disediakan. Pada masa yang sama, saya perlu juga mempersiapkan diri saya untuk mencari pekerjaan yang lain sebagai pelan yang selamat untuk menyara kehidupan saya dan sekeluarga sekiranya saya tidak mempunyai cara lain untuk bekerja di syarikat ini.

Langkah Keempat – Pilih Penyelesaian

Apabila memikirkan mengenai pengekalan dalam syarikat ini, saya perlu menghadiri kursus khas seperti kursus kemahiran kendiri yang dapat mengajar dan membentuk diri saya untuk membantu dan menghadapi masalah-masalah yang dihadapi oleh syarikat semampu saya dan juga untuk menjamin diri saya dalam syarikat ini. Bagi penyelesaian mencari pekerjaan yang lain, saya memerlukan pengetahuan mengenai pencarian pekerjaan dan juga persiapan dokumen-dokumen yang sepatutnya sepeti resume, sijil-sijil, surat lampiran dan lain-lain.

Langkah Kelima- Melaksanakan Penyelesaian

Kerajaan sedang menyediakan pelbagai jenis kursus pada masa kini untuk semua jenis pekerjaan atau pendidikan. Pelbagai jenis jabatan-jabatan kementerian Malaysia menyediakan kursus-kursus tertentu untuk masyarakat Malaysia, antaranya Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sebagainya. Antara kursus yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ialah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) yang merangkumi teknolobi terkini, pembangunan social dan professional, pembuatan dan mekanikal, fesyen dan tekstil, kesihatan dan kecantikan, pembinaan dan kejuruteraan, pengangkutan dan akhirnya pelancongan dan hospitaliti. Untuk pencarian pekerjaan yang baharu, saya dapat menggunakan kaedah teknologi. Penggunaan teknologi yang lebih luas pada masa kini yang dapat menjalankan semua jenis kerja melalui telefon dan computer, memudahkan pencarian pekerjaan menggunakan mana-mana laman wed seperti jobstreet, indeed, central agency, start-up jobs Asia, JenJobs.com dan sebagainya.

Langkah Keenam – Menilai Hasil / Mengukuhkannya
Kursu-kursus yang disediakan merupakan cara yang paling mudah untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Dengan menghadiri kursus-kursus kemahiran kendiri yang disediakan, saya dapat memperbaiki serba sedikit kelemahan diri dan dapat membentuk seseorang individu yang baru, yang juga dapat berguna untuk pihak syarikat saya. Setelah segala dokumen-dokumen yang telah disediakan pada akhirnya, adalah penting untuk disahkan oleh seseorang pegawai atasan. Antara pegawai-pegawai yang boleh mengesahkan dokumen-dokumen ini adalah, pegawai kerajaan yang memegang jawatan tahap tertinggi gred 41 dan ke-atas. Selain iu, boleh juga mendapatkan nasihat dan rujukan daripada pegawai atasan syarikat yang sedang bekerja.

Strategi Penyelesaian Masalah
Strategi yang saya pilih dalam penyelesaian masalah saya ini adalah saya dengan mengambil bahagian dalam kursus-kursus kemahiran kendiri untuk memperbaiki kelemahan dir dan mengetahui kelebihan diri agar dapat membantu syarikat saya untuk menyelesaiakan masalah-masalah yang dialami oleh syarikat. Selain itu, strategi kedua saya dalam menyelesaikan masalah ini adalah dengan menyediakan dokumen-dokumen seperti resume, surat lampiran, sijil-sijil pendidikan dan sijil kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan lain. Tambahan lagi saya juga menggunakan kemudahan teknologi dan internet yang semakin berkembang sebagai satu sumber untuk mencari pekerjaan lain contohnya laman web seperti jobstreet, indeed, central agency, start-up jobs Asia, JenJobs.com dan sebagainya.

Analisis Teori
Secara keseluruhan, enam langkah penyelesaian masalah ini, adalah cara yang mudah dan boleh dipercayai untuk menyelesaikan masalah. Pendekatan yang kreatif, dan sistematik terhadap penyelesaian masalah adalah proses menggunakan naluri yang boleh dipercayai. Langkah-langkah ini membantu mengekalkan landasan, motif dan membolehkan siasatan menyeluruh mengenai masalah dan pencarian penyelesaian. Selain itu, pelaksana dan pengguna yang dilibatkan mendapati penyelesaian tersebut diawasi berdasarkan data yang dikumpulkan. Matlamat penggunaan langkah-langkah penyelesaian masalah ini adalah untuk mengembangkan, menyesuaikan penyeselesaian secara berperingkat ketika cabaran-cabaran yang baru mungkin muncul melalui mengulangi enam langkah-langkah tersebut.

Kesimpulan
Kesimpulannya, masalah yang dihadapi oleh syarikat saya ialah masalah kewangan dengan hutang yang agak tinggi yang akan menyebabkan pengecilan syarikat, Daripada sumber yang dinyatakan, langkah-langkah yang diambil syarikat ini adalah untuk mengurangkan pekerja. Disebabkan perkara ini, ramai daripada pekerja syarikat tersebut mungkin membuat keputusan perancangan mencari peluang pekerjaan yang lain sekiranya tercalon dalam senarai pendek atau diberhentikan kerja. Kerisauan saya mengenai pengurangan pekerja dalam syarikat saya yang akan mengakibatkan sebilangan pekerja untuk diberhentikan telah terjawab mengikut teori Hayes ini. Saya dapat membuat perancangan yang terbaik dalam penyelesaian masalah ini agar dapat menyara hidup saya dan anak-anak kecil saya. Perancangan yang akan saya lakukan ialah mencari kerja yang lain sekiranya saya tercalon dalam pemberhentian pekerjaan oleh syarikat saya ini. Antara persiapan yang telah saya sediakan adalah dokumen-dokumen yang penting seperti resume, sijil-sijil pendidikan dan kemahiran. Sekiranya saya bernasib baik dan tidak tercalon dalam senarai pendek untuk pemberhentian pekerjaan itu, saya akan memperbaiki kelemahan diri saya dengan menghadiri kursus kemahiran yang disediakan oleh pihak kerajaan agar dapat membantu syarikat saya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

REFERENCES
http://www.indiana.edu/~cnilab/00282.pdfhttp://www.free-management-ebooks.com/news/six-step-problem-solving-model/https://www.linkedin.com/pulse/20140530154920-39527870-6-effective-problem-solving-steps-for-business-and-life-in-generalhttp://serikandimuhibbah11.blogspot.com/2011/12/penyelesaian-masalah-definisi-dan.html